Countdown: 18 hari sebelum #ArkitekJalanan (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, #PBAKL2017)
.
Daripada kecik lagi aku ada masalah membaca. Orang lain dah mula baca komik seawal 7-8 tahun. Aku masih baca flash cards yang budak-budak 3 tahun guna untuk belajar mengeja. Tiap kali sebelum tidur, aku kena baca semua flash cards yang mama lekatkan pada dinding sekeliling bilik.
.
Aku mengadu huruf nampak tak jelas, sukar untuk mengenal huruf & simbol. Kadang-kadang aku nampak 2-3 imej huruf yang sama berulang-ulang. Aku gagap, dan ini jadi bahan jenaka saudara-mara & kawan-kawan. Aku turut gelak, but deep inside, keyakinan diri aku mula pudar. .
Pada hemat mama, ini mungkin perkara biasa bagi seorang yang dalam proses tumbesaran.
.
Doktor kata aku mengalami astigmatisme. Padahal komplikasi yang aku alami sebenarnya lebih serious. Cuma pada peringkat ini, takda siapa pun terlintas bahawa aku ‘specal’. Aku pun pakai cermin mata seawal 5 tahun. Ia tidak membantu aku lancar membaca pun. Tapi alhamdulillah aku dapat lihat dunia dengan lebih jelas.
.
Bercermin mata tebal, siap bertali tersangkut pada leher, aku selalu jadi bahan ejekan oleh rakan-rakan. “Atuk Teme” gelar mereka. Tambahan dengan gagap, lagilah aku jadi tumpuan. Banyak kali spek aku patah sebab dibuli masa kecik dulu.
.
Sampai sekarang beb aku susah nak membaca. Alhamdulillah gagap tu aku dah berjaya atasi (kot?). Berkat usaha parents & kedegilan aku sendiri untuk buktikan yang aku ‘normal’, aku survived. Memang lansung tak terlintas untuk aku menulis buku. Sekarang, dah nak keluar buku ke 2 dah pun. Alhamdulillah.
.
#PelukisJalanan to #ArkitekJalanan

7,728 likes  127 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah