Countdown: 16 hari sebelum #ArkitekJalanan (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, #PBAKL2017 )
.
Mulanya aku tanak menulis pun.
Even manuskrip Pelukis Jalanan tu, aku pernah buang. Sebab aku rasa takda orang nak baca. Aku rasa buku aku tak bermanfaat. Aku rasa buku aku takda market value sebab aku tak cerita pasal kawin muda & dakwah ala-ala sentap.
.
Buku aku tak ikut trend terkini. Aku hanya menulis pasal seorang budak mentah yang merasakan pendidikan itu penting. “Mana ada orang yang nak baca buku pasal kesungguhan menuntut ilmu”, bisik hati aku.
.
Tapi aku tulis jugak.
Aku menulis bukan sebab aku terdesak perlukan duit. Menulis bukanlah kerjaya full time aku, aku ada kerja lain. Aku menulis dengan niat nak bercerita dengan pembaca.
.
Bila aku menulis, aku akan bayangkan aku duduk di atas pentas sambil bercerita pada korang. Sambil tengok muka sorang-sorang yang mendengar cerita aku. Dengan harapan orang yang membaca pun dapat rasa aku bercerita depan diorang.
.
Aku malas nak promosikan buku Pelukis Jalanan tu dulu, aku malu. Aku rasa buku macamtu tak layak untuk aku promosikan lebih-lebih. Banyak lagi buku yang lebih bermanfaat.
.
Sampailah ke harini, aku masih rasa I don’t deserve the hype for #PelukisJalanan yang korang bagi kat aku. Korang yang promosikan buku itu sebenarnya, thank you. Daripada buku yang aku rasa takda orang nak beli pun, ada juga orang yang beli dan baca akhirnya.
.
Kalaulah aku tak ambik balik manuskrip Pelukis Jalanan yang aku humban dalam tong sampah dulu, sampai sekarang aku tak dapat berkongsi. Terima kasih korang, kerana bagi aku peluang bercerita. Nasihat aku, kalau nak buat sesuatu yang kita rasakan baik, buat je, jangan overthink. Selebihnya Allah akan bantu.
.
#PelukisJalanan to #ArkitekJalanan

7,030 likes  108 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah