Countdown: 14 hari sebelum #ArkitekJalanan (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017).
.
Aku ingat lagi dulu aku pernah give up belajar sebab aku rasa belajar ni tak penting.
.
Setiap hari aku tengok perang dan penindasan terhadap manusia. Terutamanya negara-ngara islam. Syria, Yaman, Palestine, Rohingya. Aku rasa macam aku berdosa kerana aku belajar di universiti dan tak menyumbang apa-apa kepada ummah. Padahal masatu aku berfikiran cetek.
.
Hati aku seakan dirobek tiap kali ditayangkan video dan berita tentang nasib manusia. Lebih-lebih lagi saudara seagama dengan aku. Aku tak boleh tumpukan perhatian pada pelajaran. Aku rasa aku sedang buang masa di universiti. Lebih baik aku berhenti belajar dan berjuang bersama para mujahidin di Palestine (ketika itu Palestine sedang teruk diserang).
.
Aku tak sedar,
Aku terlampau rakus dalam perjuangan. Aku tak sedar yang selama ini Allah sudah pun letakkan aku dalam posisi seorang pejuang.
.
Aku seorang penuntut ilmu! Aku bakal menjadi seorang arkitek. Aku perlu sediakan diri aku. Bukan melarikan diri apabila aku rasa aku tidak diperlu. Aku tak sedar yang masalah terbesar ummat ialah kurangnya ilmu. Aku tak boleh berhenti dulu.
.
Know your part and position. Stand firm! Do your best! Jangan lari daripada posisi anda kerana anda rasa diri anda tidak penting. Sabar! Ingatlah kembali cerita pemanah yang turun dari Gunung Uhud kerana merasakan peranan mereka sudah tamat. Tidakkah kita mengambil pengajaran?.
.
#PelukisJalanan to #ArkitekJalanan

6,902 likes  65 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah