Countdown: 8 hari sebelum #ArkitekJalanan (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017).
.
Aku start jadi ‘misteri’ sejak awal-awal kemunculan aku di media sosial lagi atas sebab-sebab peribadi yang berkaitan dengan penjagaan hati aku sendiri.
.
Namun, bila bilangan orang yang kenal lukisan-lukisan & kata-kata aku bertambah, timbul nafsu dalam diri aku untuk aku dedahkan diri aku yang sebenar. Kan seronok jadi famous, bukan aku nak riak pun, aku cuma rasa “seronok jugak kalau ramai orang kenal”. Kononnya dakwah lagi berkesan.
.
Tapi Allah bagi aku pause niat aku tu. Aku dilihatkan dengan ramai anak-anak muda yang famous sebelum waktunya di media sosial. Banyak perkara baik yang mereka lakukan. Namun, bila mereka buat silap, masyarakat akan kondem mereka sehabisnya. Tambah teruk bila individu famous itu sendiri taknak mengaku silap. Biasalah orang muda.
.
Aku masih budak muda yang mentah. Aku berpotensi melakukan perkara-perkara bodoh.
.
Dan dengan adanya media sosial, kebodohan aku akan cepat tersebar. Ini akan menjadi barah dalam masyarakat kerana aku akan penuhkan otak anak-anak muda dengan berita-berita kebodohan aku.
.
Banyak lagi perkara yang penting dalam dunia. Perang sana-sini, starvation, konflik keagamaan, dan sebagainya. Aku taknak sibukkan orang dengan topik-topik tak penting pasal aku.
.
Haters gonna hate,
Kau buat jahat, kau akan dikecam. Kau buat baik pun, kau akan dikecam. Sedalam mana kau fikir “kenapa dia benci aku?” pun, orang yang nak benci kau dia akan benci. Dan aku tak kisah pun. Cuma aku kesian kerana dia sibukkan diri dia membenci aku dan dia jadikan aku masalah besar sedangkan banyak lagi bende yang dia boleh pikir. Aku ni kecik je dalam dunia ni. Aku tak layak pun untuk dijadikan topik ‘mendalam’.
.
Sebagai Teme, cukuplah aku dikenali sebagai pelukis & penulis di mata kalian. Aku tak layak tonjolkan diri lebih-lebih. Aku hanya zarah di muka bumi, kecik je peranan dalam hidup korang. Kejarlah impian kalian. Banyak lagi perkara besar yang korang perlu fikirkan. Aku pulak? Akan terus mainkan peranan aku, dan kekal misteri. Tak usah buang masa mencari.
.
#PelukisJalanan to #ArkitekJalanan

6,671 likes  88 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah