Countdown: 6 hari sebelum #ArkitekJalanan (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017).
.
Aku suka jadi penghibur.
Antara cerita sedih dan cerita gembira, aku lebih mudah menangis bila tengok cerita yang gembira. Bukan tangisan sendu, tapi tangisan kegembiraan & terharu. And I think that feeling is beautiful. I love that feeling. And I want to share it with the world.
.
Setiap respon baik yang aku dapat bila aku menulis, melukis, or even menyanyi (hahaha), aku akan rasa “Yessss! Aku berjaya buat hamba Allah ni happy”. Dan happiness dia berjangkit pada aku. Aku ketagih pada perasaan ni. Perasaan ‘berjaya’ selepas buat orang lupa masalah dunia.
.
Antara sebab yang buat aku rasa taknak menulis buku awal-awal dulu ialah ia akan membebankan orang untuk beli. Aku nak berkongsi je, kenapa sampai orang kene keluar duit? Tapi aku sedar, dengan menghasilkan tulisan bercetak (buku), manusia akan lebih memandang serius pada perkara yang aku nak sampaikan berbanding hanya menulis secara percuma di blog. Kalau boleh, aku nak kasi buku free je kat semua orang. Tapi aku tak sekaya tu.
.
Dan aku harap korang terhibur dengan buku ke-2 aku ni (Arkitek Jalanan). Daripada kulit buku, hinggalah ke helaian-helaian di dalamnya aku ada selitkan dengan hasil lukisan tangan aku sendiri. Aku rasa aku dah hasilkan lukisan-lukisan yang terbaik untuk kalian.
.
Tetapi ingat, ‘Jika terlihat kecantikan, ingatlah Penciptanya’. Moga dalam hiburan itu terselit secebis manfaat kat mana-mana.
.
I don’t want anything else. Life is short. I want to share happiness. I just want to spread love.
.
#PelukisJalanan to #ArkitekJalanan

6,683 likes  90 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah