Hai! May peace be upon you. Sorry lama tak update 😊
.
Nampak tak wax seal kat packaging tu?
Sejujurnya, wax seal 'Teme Abdullah' tu asalnya aku akan gunakan untuk cop lukisan-lukisan yang aku berjaya jual dengan harga yang tinggi. Dengan cara itu, aku dapat hasilkan satu nilai exclusive pada lukisan-lukisan tertentu yang aku hasilkan. Kira macam cap mohor aku lah.
.
Tapi aku rasa tak puas,
Memang seronok dapat jual lukisan. Tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang. Seakan-akan kunci kepuasan itu hilang.
.
Masa berlalu,
Alhamdulillah aku dah jumpa satu cara yang addictive & boleh serba sedikit mengubat kebutuhan kepuasan yang aku rasa. Kenapalah aku tak terfikir perkara ni awal-awal.
.
Aku terjumpa kegembiraan dalam membuatkan orang lain gembira. Ia termasuklah memberikan hadiah kepada orang lain.
.
So, instead of turunkan cap mohor tu pada lukisan tertentu saja, aku turunkan juga pada hadiah-hadiah yang aku bagi pada korang. Kerana aku kira, hadiah itu lebih bernilai daripada barang yang aku jual. Ia lebih berhak diletakkan 'tanda' tersebut.
.
Point yang sebenarnya, aku nak buat giveaway buku. 👉👈
Aku takda lah banyak duit pun. Tapi insyaAllah boleh la kasi korang hadiah sikit-sikit.
.
Caranya?
Tag je nama kawan korang (at least sorang) kat komen, dan aku akan mintak kawan aku pilih pengkomen tu secara random untuk dijadikan penerima hadiah buku daripada aku. Aku takkan pilih sendiri untuk mengelakkan bias. Dan aku mintak maaf sebab aku tak mampu bagi buku percuma pada semua orang.
.
Dah dapat wax seal tu, simpanlah. You're officially team Teme 😁. (Cewahhhh mengacah je aku.. Hahaha)
.
I will not announce the selected accounts. But it's up to them to publicise the gift after they receive it. Doakan satu hari nanti aku mampu bagi buku free dengan lebih banyak lagi 😊.
.
Btw, buku #arkitekJalanan dah masuk major bookstores (MPH, SMO & Popular!). Kalau tak jumpa, tanya kat kaunter ye? 😊

13,798 likes  21,211 comments

Share Share Share


teme Abdullahteme Abdullah