GOV.BN

GOV.BN Follow

Your first stop for the latest official information, announcements and news on the Government of Brunei Darussalam.
• Website: www.gov.bn
• YouTube:

https://goo.gl/nK9H5p

34,817 Followers  2,488 Follow

Share Share Share

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa waktu-waktu bekerja di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun Hijrah 1440/2019 Masihi adalah seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil: 5/2019.
.
Sila layari laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri di www.jpm.gov.bn untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.
.
#govbn #Brunei
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan menganjurkan ‘Gerai Ramadhan Belia’ bagi tahun 1440H/2019M di kawasan lapang letak kereta K dan L, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
.
Orang ramai terutama para belia yang berminat untuk menyertai ‘Gerai Ramadhan Belia’ boleh mendapatkan borang penyertaan bermula 23 April sehingga 29 April 2019 di:
.
Jabatan Belia dan Sukan, Tingkat 3,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
Bandar Seri Begawan
(Jam: 9.30 pagi - 11.45 pagi & 2.00 petang - 4.00 petang)
.
atau
.
FS Create Company,
Unit B20, Ground Floor, Block B,
Bangunan Habza, Kg. Kiulap
(Jam: 9.30 pagi - 11.45 pagi & 2.00 petang - 5.30 petang)
.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat, lanjut sila hubungi 8767255 / 8768155.
.
#govbn #Brunei
“Belajar sepanjang hayat bukanlah perkara asing bagi Islam. Ia telah menjadi doktrin dan malah roh di dalam misi nabi-nabi. Kerana itu tidak perlu berkiblat ke mana-mana, ke timur atau ke barat, untuk kononnya memperolehi methodologi, konsep atau filosofi yang terbaik, kerana dalam Islam sudah ada semua itu. Tinggal saja lagi kita kena berusaha. Kalau kita tidak tahu, tanyalah orang yang tahu, kalau tidak ada yang tahu, buat kajiannya. Ia mesti ada kerana Islam sudah menyediakan semua itu.
.
Semua agensi dan orang-orang berilmu serta para intelek, perlu turut terpanggil untuk mengatur langkah ke kampong-kampong, baik di balainya, di suraunya, di masjidnya, di dewannya, di rumah Penghulu dan sebagainya, untuk menyampaikan ilmu, memberi motivasi kepada penduduk supaya berilmu. Kita tidak wajar membiarkan penduduk tanpa didatangi ilmu, hanya kerana masjidnya tidak berupaya atau balainya tidak mempunyai kemudahan dan lain-lain alasan.
.
Maka dengan ini, Beta sukalah menyarankan supaya, para intelek khususnya, turun menyumbangkan tenaga, dan guru-guru pula membuat extra mile bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfa’at kepada penduduk, dengan misi: menuju masyarakat berilmu.”
.
Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Perasmian Majlis Ilmu Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-65 Tahun.
.
Gambar oleh @liansuee
.
#govbn #Brunei
Members of the public are welcome to the ‘Spectacle Exhibition 2019’:
.
🔸 Date: 15 April 2019 - 11 May 2019 (Everyday except Friday & Sunday)
🔸 Time: 9.00 am - 7.00 pm (9.00 am - 3.00 pm during Ramadan)
🔸 Venue: Chancellor Hall, Universiti Brunei Darussalam
.
This exhibition highlights the artworks of 33 students under the Bachelor Degree Major of Art and Creative Technology, Universiti Brunei Darussalam. There will be a series of sculptures, installations, graphic designs, paintings and more. The main theme for this year’s exhibition is ‘Beyond’.
.
#govbn #Brunei
Mahkamah-mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam mengumumkan kepada orang ramai, terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan 1 Syaaban 1440 Hijrah adalah jatuh pada Ahad, 7 April 2019.
.
Maka dengan itu, Nifsu Syaaban bagi Tahun 1440 Hijrah adalah jatuh pada hari Sabtu malam Ahad, 20 April 2019 Masihi.
.
Berikut dengan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan 1440 Hijrah akan dilakukan pada petang hari Ahad, 29 Syaaban 1440 Hijrah bersamaan 5 Mei 2019 Masihi di tempat-tempat berikut :
.
1. Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku
2. Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara
3. Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara
4. Bukit Amboq, Daerah Tutong
5. Bukit Lumut, Daerah Belait
.
Gambar oleh @burt625_bwn
.
#govbn #Brunei
Members of the public are invited to the ‘Bandar Seri Begawan Capital of Islamic Culture 2019’ exhibition:
.
🔸 Date: 14 April 2019 - 26 April 2019
🔸 Time: 10.00 am - 10.00 pm
🔸 Venue: Level 1, Mabohai Shopping Complex
.
The exhibition is held in conjunction with the proclamation of Bandar Seri Begawan as the Asian Capital of Islamic Culture 2019 under the initiative of the Islamic Education, Scientific and Cultural Organisation (ISESCO). For more information please visit www.kkbs.gov.bn/bsbcic2019
.
#govbn #Brunei
Road safety is everyone’s responsibility therefore all road users and every individual play major roles to ensure and improve the road safety in Brunei Darussalam by practicing the seven (7) road safety measures as below:
.
1. Always wear seatbelt while driving.
2. Do not use mobile phones while driving.
3. Adhere to speed limits on the road.
4. Do not drive under the influence of alcohol or drugs.
5. Wear appropriate helmet and attire for cyclists and motorcyclists while on the road.
6. Be wary of other road users like runners and pedestrians.
7. Ensure that the vehicle’s tyres are always in good condition and safe to use.
.
Let us join together the ‘Tell Everyone Road Safety Pledge’ campaign at www.bruneiroadsafetypledge.com to increase awareness in keeping ourselves and others safe on the road.
.
#govbn #Brunei
“Kita akan memakai konsep ‘kreatif’: Menghasilkan apa-apa yang perlu dihasilkan, memperbaiki apa-apa yang perlu diperbaiki dan meningkatkan apa-apa jua yang perlu dipertingkatkan.
.
Melalui konsep inilah kita membangun dan bersaing.
.
Kita membangun sebagaimana juga orang lain membangun, dengan menggunakan sumber dan mekanisme yang kita ada. Perkara ini adalah biasa, bukannya luar biasa.
.
Adapun yang menjadikan pembangunan itu istimewa atau luar biasa ialah bilamana kita berjaya meletakkannya di landasan yang betul, yang menjadikannya terselamat daripada dicemari oleh karenah-karenah negatif atau perlakuan-perlakuan curang manusia."
.
Petikan Titah Kebawah Dull Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008.
.
Gambar oleh @howtobrunei
.
#govbn #Brunei
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai, terutama kepada para pengguna jalan raya bahawa lencongan jalan di Persimpangan Jalan Telanai / Jalan Alternatif dari Jalan Dadap ke Jalan Telanai akan mula digunakan pada hari Sabtu, 13 April 2019, jam 7.00 malam sehingga kerja-kerja pembinaan di persimpangan berkenaan siap dilaksanakan.
.
Lencongan jalan berkenaan akan melibatkan sebahagian Jalan Telanai, bermula dari Simpang 34 hingga Simpang 52.
.
Sehubungan itu, pihak jabatan ingin mengingatkan kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
.
Bagi sebarang pertanyaan dan aduan, sila hubungi:
- Talian Darussalam: Talian Darussalam 123 / Whatsapp: +673 8333123
- Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam
- E-mel: pro@pwd.gov.bn
.
#govbn #Brunei
A consumer complaint hotline is now available through Talian Darussalam 123 (TD123) in an effort to provide an enhanced and more user-friendly consumer complaint mechanism through easy access of the call service, which allows consumers to reach out on matters or inquiries related to consumer protection in Brunei Darussalam.
.
The effort, undertaken by the Department of Competition and Consumer Affairs (DCCA), Department of Economic Planning and Development (JPKE) under Ministry of Finance and Economy, is intended to enhance consumer welfare as well as to promote ethical and fair business conducts towards achieving a resilient business environment.
.
Consumer complaints can help businesses to improve their products and a good platform for feedbacks to help customer retention, improve goodwill of businesses and expand their consumer base. The hotline is an additional platform for consumers to reach out on matters within the scope of Consumer Protection (Fair Trade) Order, including unfair business, misleading and deceptive conducts.
.
Consumers are advised to attempt to contact and resolve their concerns with the retailer as the first step before lodging complaints to TD123 or directly to DCCA. Complainants will be contacted to acknowledged receipt of their complaint within 3 working days from the date of complaint and may be asked to provide further necessary information. The duration to resolve cases may vary depending on the complexity and information provided by parties. Claims could also be lodge at the Small Claims Tribunal at the Subordinate Court for claims less than $10,000.
.
Talian Darussalam can be reached via any of the following channels:
- Telephone: 123
- Whatsapp: +673 8333123
- Instagram: @td123bn
- Facebook: Talian Darussalam
- Twitter: @td123bn
- Mobile App: TD123
- Website: www.123.gov.bn
- Email: info@123.com.bn
.
#govbn #Brunei
“Beta teruja, kerana kita telah dapat melahirkan peladang dan petani, yang sebahagiannya telah berjaya menjadikan bidang ini sebagai mata pencarian utama mereka, terutama dalam aktiviti bertanam sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, dan aktiviti ternakan dan perikanan. Beta percaya, kejayaan ini adalah hasil daripada kesungguhan, kegigihan serta ‘sifat bekarih’ mereka.
.
Beta mahu sifat sedemikian ini biarlah terus hidup di kalangan para peladang dan petani.
.
Beta amat menaruh harapan supaya para peladang dan petani tidak bosan-bosan mengusahakan perladangan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi dan berdisiplin demi survivabiliti bangsa dan negara.”
.
Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2018 Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-72 Tahun.
.
Gambar oleh @khaliqahmad
.
#govbn #Brunei
Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di antara 15 hingga 35 tahun adalah dialu-alukan untuk menyertai ‘Pertandingan Filem Pendek Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019’.
.
Pertandingan ini merupakan satu platform bagi mencanangkan cerita yang berhubung tentang sesuatu kehidupan, sejarah, budaya, penyelidikan dan informasi yang memaparkan fakta sebenar untuk menggambarkan semangat patriotisme Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dari aspek perkembangan dan pembangunan di negara ini sejak mencapai kemerdekaannya.
.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh dimuat turun di www.kkbs.gov.bn
.
Tarikh tutup penyertaan: 11 Mei 2019
.
#govbn #Brunei