Hami Asraff

Hami Asraff Follow

• Ghost Writer
• Financial Consultant
• iPhone Only

http://hamiasraff.blogspot.com/

7,421 Followers  520 Follow

Share Share Share

Cinta hati dah genap lima bulan hari ni. Lagi sebulan dah boleh makan spaghetti. Moga terus membesaq bagaikan juara, berjaya duniawi dan ukhrawi! 😊

#NuraHana
#5MonthsOld
Member seperjuangan zaman UiTM dulu kala. Tahap seperjuangan sampai repeat paper sama-sama dan grade sama-sama sebab terlalu sayangkan UiTM. 🤣

Dan dulu aku jadi Engineer (sebentar saja) pun company sama dengan dia. Tapi besa la dia Engineer cemerlang, lalu teruskan kerjayanya sampai dah berjaya dah sekarang ni. Dah ada dua orang cahaya mata.

Thank you Sharip (Dol) for your support and trust. 🙏🏻 Ayuh jalinkan semula ukhwah (UiTM) kita! 😌😂 #HamiAsraff
#UiTMTetapDiHati
#PruBSNTakaful
Alhamdulillah makin tinggi awareness orang di luar sana tentang Hibah Takaful atau Income Replacement. Plan menggantikan gaji jika ditakdirkan kita tidak boleh / mampu bekerja suatu hari nanti. .

Di sini saya senaraikan 10 golongan yang perlu ambil Hibah Takaful:

1. Orang yang ada komitmen, banyak hutang.
2. Tanggung keluarga seorang.
3. Mempunyai anak angkat, anak tidak sah taraf.
4. Ada anak OKU.
5. Ada anak perempuan sahaja.
6. Single, menanggung keluarga.
7. Punya syarikat enterprise.
8. Yang mempunyai share partner dalam bisnes.
9. Punya harta pusaka yang nilai tinggi. .

Nak tahu lebih lanjut, bertanyalah. Jangan risau, kerna bertanya itu percuma. 😊

#HamiAsraff
#HibahTakaful
#IncomeReplacement
Jangan salah sangka, secoet persis tahi lalat di bawah mata itu adalah scar yang dihasilkan oleh kuku saya sendiri. Mencederakan muka adalah hobi saya. Oh sekarang saya sudah pandai tak mau dengan orang. Orang lain pegang sepuluh saat saya akan mengeluarkan bunyi supaya saya dapat kembali ke pangkuan Ibu dan Abi saya. Selain pada itu, kelebihan saya yang lain adalah saya akan bangun qiamulail dalam pukul dua, tiga pagi macam tu, mata saya segar bugar dan ambil masa untuk bermimpi semula. Ya begitulah cerita ringkas tentang saya memandangkan dah lama Abi tak upload gambar saya. Okay bai saya nak pi minum susu.

#NuraHana
#4bulan22Hari
Jom bekerja dengan ceria, bergelak tawa dan tanpa stress di jiwa.

Salam Jumaat buat semua! ☺️
Update perkembangan dengan member lama. Bila lama tak jumpa, banyak benda nak sembang. Pasal life, kerjaya, bisnes dan semualah. “Berapa harga Takaful sekarang? Mesti makin mahal kan?” “Ada yang masih murah. Mahal bergantunglah. Tengok umur, kesihatan macam biasa. Tapi kalau nak serendah RM50 sebulan pun ada.” “Eh kalau bayar RM50 tu dapat apa ja?” “Dapat Income Replacement around RM50k - RM80k (still bergantung pada umur, pekerjaan, kesihatan).” “Menarik!” Ya, berapa sebulan kena bayar tu bergantung pada bajet anda. Kita boleh design mengikut kemahuan dan kesesuaian bajet anda.

Mulakan dari yang sedikit, in future boleh upgrade bila-bila masa.

Tak faham, bertanyalah. Nanti saya explain sampai anda faham.

DM for FREE quotation! 👇🏻 #HamiAsraff
Teruskan berjalan.🚶🏻‍♂️ #HamiAsraff
“Kenapa saya baru tau yang pasal Plan Income Replacement ni ek? Power betul plan ni.” “Hehe takpa, hidup memang macam tu. Ada step step perlu dilalui. Maybe time tak tau dulu belum mampu nak mencarum. Sekarang dah tau maybe dah boleh mencarum.” 😊

Saya sedang melancarkan kempen satu keluarga, satu hibah.

Hanya RM100 sebulan, anda boleh hibahkan RM150k - RM200k pada yang tersayang. 
Ya jumlah itu bukanlah banyak (bagi sesetengah orang), tapi sekurangnya-kurangnya dengan sejumlah wang itu dapat menyelesaikan banyak perkara.

Tanya hati, tanya minda.
Beri peluang, saya sampaikan pada anda.

#HibahTakaful
#HamiAsraff
Pejam celik dah settle pertengahan tahun. Masa sekarang ni cepat dia lain macam. Kalau kita tak ligan memang selama-lamanya tertinggal di belakang. 
Jadi, untuk tidak rasa ketinggalan, kena kayuh semula. Takpa mulakan kayuhan dengan perlahan, lama-lama lajulah ia.

So, macam mana goals hampa semua untuk tahun ni? Dah dapat banyak? Atau sikit? Atau belum? Tidak mengapa, masih ada masa. Tapi nak capai goals, bukan dengan cara duduk saja. Nak tak nak kena bingkas bangun dan lakukan sesuatu.

Untuk merealisasikan goals saya pada tahun ni, sudi sudikanlah diri anda untuk set appointment dengan saya. 
Nak borak-borak kosong, nak sembang pasal bisnes, nak meluahkan perasaan, nak bercerita mengenai kerjaya or apa-apa boleh saja, boleh saja.

Boleh DM / PM saya di sini. Nanti kita aturkan pertemuan. Ayuh sama-sama kita kejar impian!

#HamiAsraff
‪Ada tikanya kita tak faham kenapa orang tu dapat itu, kenapa kita dapat ini, kenapa orang tu dapat lebih, kenapa kita dapat sedikit.‬ ‪Rupa-rupanya kita terlupa dengan rezeki Allah. Kita terlupa yang Allah berhak beri pada sesiapa yang Dia kehendaki.‬ ‪Kita hamba, buat sahaja tugas kita sebagai hamba. Biar Tuhan buat kerja Tuhan. Kita sebagai hamba usaha tanpa lelah, berdoa dengan sesungguh doa, tawakal pada Dia.

Tiada usaha yang sia-sia di sisi Dia. 
Tiada doa yang tidak dimakbulkan Dia.
Percaya dan usaha! 💪🏻 #HamiAsraff
Busykan diri. Letak tepi sat benda-benda yang tak penting. Banyak benda kena settle dan perlu disettlekan. Buang benda-benda negatif yang dok tarik hang. Start focus on your goals. Start focus dengan apa yang hang nak. And let’s do this! 💪🏻 ————————— Appointment. Masih dengan misi menyedarkan nusa dan bangsa. Nak appointment dengan saya? Ayuhlah! Kita sama-sama rungkaikan apa yang membelenggu.

#HamiAsraff
"Hanya 10% dari gaji anda disimpan dalam Takaful, ianya mampu menjamin kehidupan yang lebih baik." .

Ramai yang berat mengeluarkan RM150 sebulan hari ini, tapi yang mana lebih berat untuk mengeluarkan RM150,000 pada masa hadapan?
.

Selalu saya bawakan cerita seorang kenalan yang menolak Takaful. Menipu katanya. Saya senyum sahaja.
.

Bagi saya kalau anda tak nak Takaful, jangan cakap apa-apa. Hari ini hari orang lain, esok lusa mungkin tiba hari anda. Jadi, jangan riak dan sombong.
.

Setahun kemudian, kenalan saya tadi pos sesuatu di Facebook. Sesuatu yang meruntun hati. Anaknya menghidapi sakit jantung berlubang. Memerlukan kos rawatan RM150,000 dalam seminggu. Allahu akbar! 
Ya semuanya itu dari Allah. Ujian dari Allah. Tapi Allah pun nak kita bersedia dan hadapi semua ujian dariNya.
.

Anda tidak pernah rugi menyimpan di dalam Takaful. Tetapi anda akan rugi jika tidak mula menyimpan pada hari ini.
.

Seperti biasa, mahu explanation details mengenai Retiree Plan, Education Plan, Protection Plan, Saving Plan, Medical Card, UmmahLink Plan, dan sebagainya boleh contact saya.
.

Saya akan terang, anda hanya perlu mendengar dengan hati yang tenang. 😊
.

#HamiAsraff
#PruBSNTakaful