Hisham Nazir & Cronies

Hisham Nazir & Cronies Follow

LL.B (Hons) UKM, LL.M (UKM), D.S.L.A (UiTM), Advocates & Solicitors.
FB: criminallawyermalaysia
www.hishamnazir.com | net
admin@hishamnazir.com

http://www.hishamnazir.com/

1,052 Followers  891 Follow

Share Share Share

[146.18] LAWATAN PENJARA JUVANA

Melawat juvana di penjara
Bagi satu kes bunuh.
Di penjara ini, majoritinya melayu.
Penjara lain pun sama
Budak-budak.
Apa rasa?

Kawan-kawannya tidak dilawati peguam
Keluarga pun jarang.
Apa rasa?

Saya tgk tadi ada budak baru masuk
Tinggi sikit daripada anak saya. 
Apa rasa?
MAJLIS ANAK KELANTAN SG PETANI

Durian berhilux takdan weh.
Kelantanese bab makan takleh lawan..
Terima kasih PERAKAN Sg Petani.
Balik KL dulu..
Salam dari warung terapung
Makan ABC di awangan
[144.18] INFEREN BAGI KEGAGALAN MEMANGGIL ATAU MENJELASKAN KENAPA GAGAL MENGEMUKAKAN SAKSI DI BAWAH SEKSYEN 114(g) AKTA KETERANGAN 1950

Isu inferen di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah isu perundangan yang banyak dibangkitkan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sehingga kini. Konklusi bahawa isu ini adalah isu yang telah selesai dan dihujahkan oleh pihak Peguambela atas variasi kes jenayah yang berbeza.

Seksyen 114(g) menyebut "may" yang memberikan Mahkamah hak secara budibicaranya untuk menggunakan (invoke) inferen tersebut ke atas kes semasa dan bukan satu mandatori kepada Mahkamah menggunakannya sekiranya pihak-pihak gagal mengemukakan saksi atau keterangan.

Untuk menggunapakai (perkataan invok lebih sampai maknanya) inferen tersebut, Mahkamah perlu melihat keadaan bahawa saksi yang tidak dipanggil itu ditawarkan sebagai saksi pembelaan.

Mahkamah juga akan melihat dan menilai samada pendakwaan secara sengaja (atau dalam pengetahuannya) menyembunyikan saksi/keterangan yang ada pada pengetahuan dan jagaanya bagi menjaga kepentingan kesnya.

Akhir sekali Mahkamah menilai jika tindakan pendakwaan ini bermotifkan untuk "frustrate the defence". Jika 3 faktor utama ini dipenuhi, tiada sebab Mahkamah untuk menolak inferen tersebut di invok kan kepada kes berkenaan dan memberikan kelebihan kepada pihak Peguambela (pembelaan). Rujuk - 
Nanda Kumar Kunyikanan & Anor vs. Public Prosecutor
Ghasem Hosouri Hassan vs. Public Prosecutor
(Please do not message me for citation)

Terima kasih! �

Untuk artikel lain, sila ikuti kami di:
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.wasap.my/60139307961
[143.18] PERMOHONAN MEMANGGIL SEMULA SAKSI (RECALL)

Permohonan boleh dibuat di bawah seksyen 425 Kanun Acara Jenayah yang mana boleh dibuat oleh peguambela atau pendakwaraya pada mana-mana peringkat/masa semasa prosiding bicara berjalan.

Peruntukan seksyen 425 tersebut memberikan kuasa budibicara kepada Mahkamah untuk membenarkan permohonan sedemikian atas dua sebab.

Pertama, Mahkamah menggunakan budibicaranya dengan baik untuk menilai keperluan dan membenarkannya. Kedua, dibenarkan dengan melihat keperluan keadilan kepada perbicaraan.

Sila rujuk artikel lain di:
www.hishamnazir.com
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
www.wasap.my/60139307961
[141.18] HAK BERBAHASA DI MAHKAMAH

Isu bahasa belum reda. Isu pendidikan dan sebagainya. Saya suka melihat dan update  isu melalui penulisan yang tidak berat. 
Bahasa mudah faham dan pembaca pun tak emosi. InsyaAllah, kalau tak emosi, mental lebih sihat.

Hari ini sambung bicara penuh di Mahkamah Shah Alam. Plaintif diwakili Encik Hisham (peguam besar saiz) dan dibantu Cik Isma Afira. Manakala Defendan diwakili Peguam Prominent berbangsa melayu dan dibantu oleh seorang peguam wanita.

Hakim berbangsa melayu. Saksi hari ini berbangsa melayu.

Erk.. minta prosiding dijalankan dalam bahasa inggeris. Rasanya ikut pada IC, saksi ni bukan beranak di London.

Hak saksi. Hakim tak boleh buat apa. 
Bla.. bla.... bla.. soal utama siap oleh rakan bijaksana saya. Sampai giliran saya pulak untuk Cross Examination.

Semua soalan deraf atas kertas dan kepala ini semuanya dalam bahasa Melayu. Jenuh nak tukar Bahasa --- Inggeris ---- Bahasa.

Last sekali saya tanya saksi "boleh saya terus dalam Bahasa Melayu?" Saksi jawab "eh boleh... boleh cakap melayu".. Saksi dah redha lepas hak dia. Hakim pun bagi kebenaran Nota Keterangan separuh Bahasa dan separuh inggeris.. Nak cerita hak saksi dan OKT dalam isu bahasa di Mahkamah. Depa kalau melayu tulotok pun nak bahasa vietnam, kena cari Che Mat dari Melaka la untuk translate.

Hak orang kena hormat. Jangan disentuh. Nanti gaduh. Mesej sampai?

Alhamdulillah kes dah habis. 
Nak balik makan dan rehat. Sebab doktor kata kena banyak rehat. Semua lawyer tak sihat 2 hari ini. Tinggal chambee saja yang masih gagah bekerja.
Seminggu ni 2 kali van jenazah sama lalu tepi
2 orang yg kenal meninggal dunia
2 orang yang kenal masuk hospital
Pagi ini seorang lawyer meninggal dunia
Ada 9 khabaran meninggal dunia orang saya tak kenal di media sosial.

Bebel doktor tengok nombor BP
Saya terlelap di katil masa check ECG
Hampir terlelap masa check BP

Hari ni masih hidup.
Alhamdulillah!
"APA PANDANGAN TUAN TENTANG KES EX PM?" Saya kata kes tu kalau tengok setakat saya tahu, banyak juga isu teknikal dan fakta yang membolehkan kesan positif kepada kes pembelaan.

Pendek cerita ada jalan untuk pihak Pembelaan menang la. Setakat apa yg ada depan mata saya.

Orang parti kerajaan marah pulok.
Dah tadi kata minta pandangan. Bagi pandangan jujur pun marah!

Ok bai!
Doktor Nazihah semalam kata "jaga makan, jaga kesihatan"

Hari ni saya berjaga-jaga masa makan. Takut tercucuk lidi. Tak pasti siapa makan satay tu. Lidi satay tadi bukan yg saya makan.. Ntah siapa..
Hidu bau pejabat sendiri di Subang Jaya.
Seronoknya walaupun kerja di pagi sabtu.
[138.18] UNTUK DIJUAL - BANGLO DI CINTA SAYANG RESORT

RM1,000,000.00
Taman Ria Jaya, Sungai Petani
Pun jiran punya
Untuk dijual tiada kaitan dengan Tabung-tabung baru dilancarkan.

0139307961
[137.18] UNTUK DIJUAL -  SEMI D TAMAN RIA JAYA

RM430,000.00 (Nego)
Renovated
Bukan saya punya.
Bukan Ahmad Albab punya
Jiran punya!

0139307961