teme Abdullah

teme Abdullah Follow

Architecture | Artist, Author of Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan.

101,733 Followers  16 Follow

Share Share Share

Pantai Kok Lighthouse, Langkawi, Malaysia.
#VisitMalaysia2020
.
First day travel, hampir tertinggal flight sebab duk sibuk beli aiskrim. Pastu, aku terpengaruh dengan harga chocolate yang murah kat sini. And aku beli sangat banyak weh 😭. Takyah tahu lah berapa ratus aku habis semata-mata untuk chocolate.......... nanti korang kecam aku. Hmmm.
.
Doakan aku boleh jadi matang sikit bila tengok ice creams & chocolates di masa akan datang.
Langkawi Cable Car.
Also the location of Langkawi Sky Bridge (I'm standing on it). Located 660 meters above sea level. You can literally touch the clouds from here.
#VisitMalaysia2020
.
Oh ya.
Thanks sebab concern, bertanya, & ingatkan aku supaya hati-hati melukis in public sebab takut kantoi. Tambahan pulak aku duk post kat instastory bagai kan? Hahaha.
.
Alhamdulillah... Setakat ni tak kantoi pun (kot?). Tak susah pun nak menyorok. Seriously, aku tak famous mana pun. Korang-korang je yang tahu kewujudan aku 😅.
.
Tapi betul..... senang je. Kalau ada org pandang2 dengan suspicion, aku tutup buku, masuk bawah baju. Settle. Hehehe.
Kellie's Castle, Perak, Malaysia.
.
Ia bukan semahal mana alatan yang diguna. Tidak juga bergantung sepenuhnya kepada jenis dan jenama. Kerana apa yang penting ialah kemahiran di sebaliknya.
.
Guna tenaga untuk perbaiki kemahiran, bukan melambatkan dengan bertukar-tukar alatan.
#VisitMalaysia2020
The Leaning Tower of Teluk Intan, Malaysia.
.
Betul lah kata orang. Selalunya kita terlampau melihat yang jauh. Sehinggakan kita terlupa cantiknya yang dekat.
.
Kat Perak ni apa lagi tempat best nak sketch?
#VisitMalaysia2020
Telah habis sudah cinta ini,
Tak lagi tersisa untuk dunia,
Kerna tlah ku habiskan sisa cintaku hanya untukMu.
.
Bagi aku, tiada lagu indah yang kurang islami, jika penghayatan sanubari itu pada zat yang benar.
.
You can find the full version on youtube. Just put my name on the search box.
Bukit tinggi, Malaysia.
.
A place your feet may leave,
But your heart will be,
A place you grow up wanting to flee,
And grow old realizing it's the best place to be.
.
There's no place like home.
#VisitMalaysia2020
You know you spent too much time on your meal if your friend manage to scribble a Mona Lisa while waiting.
.
#halewMalaysia
"Hey.. I feel like singing something. What song should i sing?" Teme asked his followers on instagram and twitter, randomly plucking his broken guitar. And majority of them replied, "Rapuh by Nastia". So, Teme studied that song overnight... and here you go.
.
You can find the full version on youtube. Just put my name on the search box.
Sambungan...
.
Di manakah silapnya?
Akhirnya Si Besi tersedar sesuatu.
Silapnya ialah apabila dia terlalu ingin menjadi seperti Si Emas. Seketul Besi yang bercita-cita menjadi Emas. Sedangkan itu perkara yang mustahil kerana pada azalinya Allah menciptakan mereka daripada 2 elemen yang berbeza. Si Emas berjaya dengan cara dia yang tersendiri. Si Besi tidak mungkin menjadi Emas walaupun dengan saduran emas pada luaran. Walaupun dia lebih berkilat sekalipun, hakikatnya…. dia besi.
.
Menyedari hal ini, Si Besi menukar strategi. Dia tidak mengaku kalah. Dia tidak lagi mahu menjadi barang perhiasan kerana itu bukanlah keistimewaannya.
.
Si Besi leburkan dirinya kembali. Dibiarkan dirinya diketuk, dibentuk, dibakar, dan dihentak. Lalu Si Besi menjadi pedang yang utuh. Dimiliki oleh pahlawan, dibawa dalam pelbagai peperangan dan pertarungan. Tangan berganti tangan, Si Besi menjadi asset penting para pahlawan. Kini dia tahu, kelebihnya bukan sebagai barang kemas, tetapi dia merupakan senjata. Alangkah bagusnya jikalau dia sedar perkara ini sejak mula.
.
Pertempuran demi pertempuran. Sehinggalah pada satu hari. Sang Raja berminat untuk memiliki pedang yang bermutu tinggi. Hasil susah payah pengalaman yang ditempuhi Si Besi, Sang Raja berkenan menjadikannya pilihan hati. Kini, dia berdiri sama tinggi dengan Si Emas di sisi raja dan permaisuri. Sama-sama berguna, sama-sama berjuang, sama-sama berbakti.
.
………..
Dear friends,
Jangan kecewa dengan diri sendiri. Jangan meratap dengan kelebihan orang lain. Jangan lari daripada menjadi diri kau yang sebenar. Embrace it. Jangan jadikan ia kelemahan yang membuatkan engkau tidak boleh maju kehadapan. Gunakan ia, gilap lah ia. Be the best version of yourself. Jangan terlampau ingin menjadi orang lain sampai kau terlupa yang engkau istimewa dengan cara engkau sendiri. Diri kau merupakan anugerah daripada Tuhan.
.
Tamat.
Sambungan...
.
Besi keliru kenapa usaha tersebut tidak berhasil ke atas dirinya. Namun, dia tidak mengaku kalah.
.
Setelah peranannya sebagai gelang tidak menarik mata, dia menukarkan dirinya menjadi rantai pula. Kali ini, dia pastikan kilauannya lebih terang daripada sebelumnya. Digilap selama bertahun-tahun sehingga lebih jernih daripada cermin. Pada tahap ini, dia lebih bersinar berbanding Emas. Menurut perkiraannya, dia akan mencapai kejayaan yang jauh lebih tinggi daripada Emas.
.
Malangnya, dia tidak juga berjaya. Sekali lagi dia kecewa.
.
Si Besi hairan. Dirinya sudah lebih berkilat daripada Emas, mengapakah dia tidak boleh mengecapi kejayaan seperti Si Emas juga? Adakah dia memang dilahirkan tidak berguna dan tidak akan berjaya? Adakah Besi selama-lamanya ditakdirkan untuk sentiasa kalah kepada Emas?
.
Si Besi semakin berkarat dimamah usia. Dia berfikir, dan berfikir.
.
Bersambung...
Hikayat Besi Buruk.
.
Seketul Emas, dan seketul Besi. Kedua-duanya lahir di sebuah pergunungan. Digali, dikorek, dan dikeluarkan. Si Emas tadi bersinar, menarik perhatian jasad yang melombong. Lalu ia dibentuk menjadi barang kemas, menjadi perhiasan orang-orang kenamaan.
.
Si Emas memjadi semakin menyerlah dan menawan. Akhirnya ia dibeli oleh Sang Raja menjadi penambah seri permaisurinya.
.
Si Besi memerhatikan kejayaan Si Emas yang kini tinggal di istana. Dia cemburu, namun tidak berhasad. Dia nekad mahu menjadi berguna seperti Si Emas juga. Si Besi juga ingin berjaya. Maka Si Besi pun berusaha sedaya upaya. Menjadikan Emas sebagai idola, digilapkan dirinya menjadi gelang yang bersinar keperakan. Digunakan kepakaran tukang yang sama. Kaedah mencanai dan menggilap juga serupa. Namun, gemerlapannya tidak segemilang Si Emas.
.
Buat pertama kalinya, dia kecewa.
.
Bersambung...
RIP Lappy. 2011-2017.
.
Remember my laptop from #ArkitekJalanan? Well, dia dah rosak dah, baru je. Innalillah. 😔
.
I'm in the middle of writing my 3rd book. Kene pause kejap.
.
To be honest, tipulah kalau aku kata aku takda duit nak beli laptop baru. Tapi, aku ni sejenis yang suka simpan barang. Aku sayang. Kalau aku beli laptop baru, aku rasa mcm aku dah mengkhianati laptop lama ni. Doakan aku boleh repair laptop ni. Biarlah buruk dimamah usia. Aku tetap suka.