RASMI KUPU SB

RASMI KUPU SB Follow

Mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.
#kupusbbrunei
@pp.mppkupusb

604 Followers  18 Follow

Share Share Share

Pengumuman bagi Warga KUPU SB:

Sukacita di maklumkan bahawa Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, Fakulti Usuluddin dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB akan mengadakan Tadarus Al-Quran Keluarga KUPU SB bagi semua warga KUPU SB pada: ◾ Hari: Sabtu
◾Tarikh: 19 Ramadhan 1440H bersamaan 25 Mei 2019M
◾Jam: 8 Pagi
◾Tempat: Surau Siswa, KUPU SB

Sehubungan itu, semua warga KUPU SB berserta keluarga adalah dialu-alukan hadir ke majlis Tadarus yang tersebut di atas.
CERAMAH BERSEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1440H 'MEMPERKASA PEMBELAJARAN AL-QURAN'

Bandar Seri Begawan, 20 Mei 2019- Ceramah bersempena sambutan Nuzul al-Quran 1440H dengan tema 'Memperkasa Pembelajaran al-Quran' disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra'es KUPU SB kepada para pelatih dan peserta Pusat Pembangunan Belia (PPB) bertempat di Surau PPB hari ini.

Dalam ceramah tersebut juga di demonstrasikan cara solat yang betul kepada para peserta.
#repost @tarbiyyahglobal

Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti di atas, bolehlah melawat ig rasmi @tarbiyyahglobal atau hubungi talian +673 826 7295
MAHABBAH RAMADHAN 2019 ANJURAN PUSAT ILMU TERAS KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Mei 2019M – 10 asnaf hari ini menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan dan makanan asasi daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Program Mahabbah Ramadhan yang dianjurkan oleh Pusat Ilmu Teras, KUPU SB.

Hadir bagi menyerahkan sumbangan ke rumah-rumah penerima ialah Yang Mulia Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Belait dan Yang Mulia Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB. Turut hadir, pensyarah dan staf Pusat Ilmu Teras, KUPU SB.

Program Mahabbah Ramadhan yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 merupakan satu aktiviti dalam rancangan tahunan Pusat Ilmu Teras, KUPU SB yang berkonsepkan memberikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan. Program Mahabbah Ramadhan pada tahun ini merupakan kali ke tiga yang diadakan pada 16 hingga 17 Mei 2019 bertempat di Masjid Kampong Pandan, Kuala Belait iaitu anjuran bersama Jabatan Daerah Belait.

Antara objektif program diadakan adalah untuk meraih keagungan bulan Ramadhan dengan melakukan kebajikan yang berbentuk khidmat masyarakat serta mempergiatkan penglibatan dan sumbangan pihak Kolej Universiti kepada masyarakat.

Selain itu, turut diadakan  beberapa aktivitivi lain program termasuk bersungkai dan bersahur bersama di Masjid Kampong Pandan, Kuala Belait serta pengagihan Sahur ke rumah-rumah terpilih , tazkirah Ramadhan dan kempen kebersihan masjid tersebut.

Program disertai oleh Pegawai dan Kakitangan Pusat Ilmu Teras serta Mahasiswa Mahasiswi KUPU SB.
Penerangan SEMINAR KEFAHAMAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN SEMASA 2019 (SEKAPES) oleh Yang Mulia Mohd. Muslihuddin Syah bin Haji Mustafa, Setiausaha Bersama SEKAPES 2019 mengenai:
◾ Objektif Seminar
◾ Sub-tema Seminar
◾ Sasaran Peserta Seminar
◾ Tarikh terakhir Pendaftaran
◾ Yuran Pembentangan & Pendaftaran Seminar
◾ Kemudahan Perhubungan

Tarikh Penting:
‼️Penyerahan Abstrak dan biodata - 31 Mei 2019
‼️Penyerahan Kertas Kerja Penuh - 13 Julai 2019
‼️Pendaftaran Penyertaan terakhir - 5 Ogos 2019

Pembayaran Pendaftaran penyertaan juga boleh dibuat pada hari Seminar iaitu pada 14 Ogos 2019 nanti.

Bagi maklumat lanjut, bolehlah merujuk kepada Poster SEKAPES atau menghubungi terus Setiausaha Bersama SEKAPES 2019.

Rakaman Rampai Pagi daripada @rtb.bn
CERAMAH KHAS SEMPENA AWAL RAMADHAN 1440H DAN SAMBUTAN HARI KELUARGA KEBANGSAAN 2019M

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Mei 2019M – Kestabilan sesebuah institusi keluarga sangat bergantung kepada nilai-nilai keluarga yang didasari dengan pembangunan sahsiah dan jati diri. Nilai-nilai murni  yang ditanam dalam kehidupan berkeluarga dapat menghindari pelbagai pengaruh buruk dan negatif daripada melanda institusi keluarga. Di sini letaknya peranan ibu bapa dalam mendidik keluarga dengan tarbiyah islamiyah dan membentuk taqwa dengan melaksanakan ibadah bersama melalui sembahyang, puasa, mencintai al-Quran dan Sunnah Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam dan sebagainya.

Sehubungan itu, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Kajian Fiqh al-Usrah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Ceramah Khas Sempena Awal Ramadhan 1440H & Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2019M dengan tema  Hari  Keluarga Kebangsaan 2019: ‘Keluargaku Harapanku’. Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Ceramah khas tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Majlis berlangsung di Dewan Tarbiyah, KUPU SB.
#repost @kheu.brunei

Orang ramai amatlah dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban pelarian Palestin lebih-lebih lagi dalam meraih ganjaran amalan pada bulan ramadhan yang penuh keberkatan.

#dignityispriceless
#SavePalestine
#repost @autoriti_monetari

Are you an innovator? You have the chance to show your innovation skills for financial products at our boot camp held in conjunction with National Savings Day 2019! Click on the link (https://survey.ambd.gov.bn/s3/NSD2019-FB) to sign up now! #NSD2019 #BeFinanciallySmart
#kupusbbrunei

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukacita menjunjung dan mempersilakan hadir ke Ceramah Khas sempena Awal Ramadhan 1440H dan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2019M dengan tema 'Keluargaku Harapanku'.
#kupusbbrunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 08 Mei 2019M – Seramai 19 peserta bengkel terdiri daripada guru-guru Sekolah Arab menerima sijil tamat kursus pembelajaran Bahasa Arab dalam Bengkel Lughatul Mu’allim yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini. Bengkel Lunghatul Mu’allim dijalankan bermula pada 20 Februari dan berakhir pada 1 Mei 2019.

Majlis Penutupan Rasmi Bengkel berlangsung di Dewan Ta’lim, KUPU SB.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Mohd. Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin, Ketua Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta bengkel
#kupusbbrunei

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1440H | 2019M

Ikhlas daripada Seluruh Warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri (KUPU SB)
Sukacita menjemput dan mempelawa peryertaan pembentangan dalam 6th University - Community Engagement Conference (UCEC) anjuran sama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Apucen.

Bagi maklumat lanjut mengenai seminar di atas, bolehlah melawat ke lamang Sesawang di bawah: https://ucec2019kupusb.wixsite.com/ucec2019