MUTIARAfm

MUTIARAfm Follow

Stesen Radio RTM di Pulau Pinang
Frekuensi : 95.7 MHz | 93.9 MHz | 90.9 MHz

http://mutiarafm.rtm.gov.my/

963 Followers  16 Follow

Share Share Share

Mutiara Ilmu dengan tajuk "Tiket Ke Syurga" oleh Ustaz Badli Shah bin Alaudin  pada 19 - 21 Ogos 2019, 3.15 petang dan ulangan pada pukul 8.00  malam
#Repost @radiortm_malaysia (@get_repost)
・・・
Siaran TV analog akan ditamatkan pada 30 September ini! Haa, jadi korang kenalah cepat-cepat tukar ke siaran digital #myFreeview. Barulah dapat menikmati program TV kegemaran anda dengan lebih jelas dan tanpa bayaran bulanan!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari di www.myfreeview.tv
#Repost @rtm_malaysia (@get_repost)
・・・
#BOLLYGOOD - Kisah seorang ahli sukan gusti yang mempunyai cita-cita untuk mengharumkan nama negara dalam sukan gusti tetapi tidak tercapai. Dia melatih kedua-dua anak perempuannya dalam sukan tersebut bagi untuk menyambung legasinya. Lakonan: Fatima Sana Sheikh, Aamir Khan, Sanya Malhotra, Aparshakti Khurana dan Sakshi Tanwar. Jangan lupa 14 Ogos 2019 pukul 9.30 malam hanya di @tv2_rtm
Ikuti Mutiara Ilmu Khas Aidiladha bersama Ustaz Mohd Shaffi Yusof Gani pada 11 & 12 Ogos 2019, pukul 3.15 petang (Ulangan 8.00 malam) 
Ustaz Ibnu Rijal pada 13 & 14 Ogos 2019 pukul 3.15 petang (Ulangan 8.00 malam)
Usaha mencapainya penuh daya. Demi cinta pada bangsa. Merdeka itu ibarat permata. Genggam dan pertahankan hingga ke akhir hayat. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungkanlah dengan penuh kecintaan. Kitalah pewarisnya.
#Repost @rtm_malaysia (@get_repost)
・・・
Sepak mula perlawanan Piala Malaysia 2019 kini bermula! 
Saksikan perlawanan pertama *PAHANG* menentang *PULAU PINANG, SABTU (3 OGOS), pukul 8.30 malam.* Bersiaran secara eskslusif menerusi Saluran Percubaan RTM HD Sports (Saluran 111) dan saluran OKEY (Saluran 110). #PialaMalaysia2019 Hanya di RTM.
#Repost @radiortm_malaysia (@get_repost)
・・・
PUTRAJAYA - Tarikh 30 Julai ini yang diumumkan Kerajaan Persekutuan sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah juga cuti umum yang diperuntukkan kepada para pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia hari ini, berdasarkan kepada peruntukan itu, para majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada para pekerja.

Sehubungan itu, kenyataan itu meminta semua majikan memberitahu para pekerja mereka sama ada memilih tarikh 30 Julai ini sebagai hari cuti umum atau menggantikannya kepada tarikh lain. 
Sekiranya tiada penggantian dibuat dengan mana-mana hari lain, maka para pekerja yang bekerja pada tarikh itu layak menerima kadar gaji kerja pada cuti umum.

Bagi Sabah dan Sarawak, ia selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

Menurut kementerian itu, cuti yang diisytiharkan Kerajaan Persekutuan itu adalah di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951(Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 
Bagi Sabah dan Sarawak, ia selaras dengan undang-undang negeri masing-masing.

Bagi Pahang, Kerajaan Negeri itu telah mengumumkan tarikh 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan bagi seluruh Pahang.

Pengumuman ini dibuat bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan hari pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sehubungan itu, 31 Julai adalah cuti gantian kepada hari pertabalan Baginda.

Bagaimanapun cuti ini boleh digantikan pada tarikh lain sebagaimana diperuntukkan oleh Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

Berita RTM
Kami menantikan peserta Uji Bakat Bintang Kecil MUTIARAfm di Bilik Nilam , Tingkat 1 , Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
Jangan lupa kita jumpa esok untuk Uji Bakat Bintang Kecil 2019 MUTIARAfm ** Sila bawa salinan sijil kelahiran
** Sila bawa minus one (cd/vcd/dvd/pendrive)
Uji Bakat Penyampai Berita Tv dan Wartawan Sambilan RTM Pulau Pinang pada 22 dan 23 Julai 2019, pukul 9 pagi - 4 petang di RTM Pulau Pinang
Fenomena Istiwa' A'dzom yang mana kita berpeluang melakukan semakan arah kiblat di rumah kediaman masing-masing atau di mana-mana premis untuk tujuan melakukan solat atau ibadah yang lain pada:

Tarikh: 16 Julai 2019M | 13 Zulkaedah 1440H

Waktu: 5.28 petang 
Pada tarikh dan waktu berkenaan, kedudukan matahari berada hampir tepat di atas Kaabah. Oleh yang demikian, bayang sesuatu objek atau tiang akan menuju tepat ke arah kiblat. Berikut adalah infografik berkaitan fenomena ini.
Bicara Prisma bersama tetamu Dr. Enny Esdayantey binti Abdul Manab, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Kesihatan Pergigian  Pulau Pinang pada pukul 10.15 pagi ini.