Chique 리아나 Alel

Chique 리아나 Alel Follow

🇲🇾 Proudly Johorean
...follow at your own risk!

https://www.mycybersale.my/

388 Followers  327 Follow

Share Share Share

Nasi goreng mamak. Tak mahu sayur. Ayam drumstick. Teh o ais. Kena sebut terang² baru baiya ambil order tak silap. 💅 Harga RM10.80. #chikmakan
Update: Item sold. TQ.
-
Hai awak! Ada tak kawan² yang guna & nak beli #Laneige Skin Veil Base Cushion (No. 40 Light Purple)? Saya ada extra sekotak & nak jual mur mur RM100. Harga normal RM136. Dalam kotak dapat sekali dengan refill. Produk original, sealed & masih bau kedai okay.
-
Kulit muka saya jenis kombinasi & saya pakai base cushion ini sebelum bb cream. Nama pun base, kan. Memang ringan rasa dia & tak adalah nampak minyak muka sekuali. Merasalah kulit muka acah² bintang halyu gituh! 🤭
-
Kalau ada sesiapa yang nak, boleh pm/dm saya ya. COD Puchong (Prima/Perdana/Tasik Prima) atau Empire Damansara boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
-
Note: Suitable for all skin types. The light purple option is recommended for skin tones that are dull, uneven or sallow skin. This color helps to brighten yellowish tones, making skin look clear & clean. #chikjual
Hasil perkahwinan campur. Jadilah nasi goreng tomyam ayam goreng. 😅 #chikmasak #chikmakan
HUAWEI & HOWEI 👉👈
Fungsi sebenar meja makan di rumah ini. Hujung minggu baru digunapakai. Itupun bila masing² sibuk nak buat kerja. Kalau hari² biasa memang meja makan ini kosong & jadi tempat hinggap bulu cocanur sajalah. 🤭
🤫 #chikquote
Sekarang ini memang sibuk sungguh dengan macam² tugasan di pejabat. Sana Liana. Sini Liana. Semua Liana sobs sobs. 😪 Haritu baca di mana entah, makan durian boleh mengatasi kemurungan. Balik kerja semalam terus ajak suami singgah McD drive thru beli #mcflurry durian D24 kahkah. Terus sihat walafiat alhamdulillah. -
Pagi ini nak ke pejabat, buka pintu kereta, ya ampunnn bau durian tak hilang. 😱 Terus murung. Kena beli lagi nampaknya...
Tercapai cita² nak #mcflurry durian D24 ini. Kalau #chikmakan ini pun dah rasa macam di syurga, esok² di syurga sebenar entah macam manalah agaknya ya. Tentu lebih indah.
Bahan bukti. Tag team hijack henfon angah sebab nak tengok youtube! @m.adrish #nuramnarania #myangahismybiggestfan
Haritu semasa kerja di JB, waktu makan tengahari, duduklah semeja dengan para peserta. Ada seorang peserta menjual popia simpul. Kebetulan dia letak sampel atas meja makan. Saya ambil buat rasa. Sekali kau, sedapnya!
-
Lain macam rasa popia simpul dia, tak sama macam yang saya pernah makan sebelum² ini. Oh rupanya inti breadcrumb & yang saya rasa itu breadcrumb cheese. Terus order 2 botol untuk bekal bawa balik. -
Saya doakan semoga maju jaya perusahaan #popiasimpulmontok ini. Rasa dia memang terbaekkk! 👍👍👍
Sarap. Pagi ini #chikmasak spaghetti goreng saja. Lawan dengan rendang sate mama Rizal. Macam tinggal harapan sajalah nak kurus lepas puasa kahkah. 😂 #chikmakan
2 Julai 2018. Happy birthday #atokalel70tahun . - 
Maaf sangat² 🙏 kami tak dapat jemput kesemua ahli keluarga. Memandangkan majlis terkejut, jemputan juga dibuat secara mengejut. Terima kasih buat yang sudi hadir memeriahkan majlis kecil kami walaupun masing² sibuk dengan jemputan rumah terbuka (raya), marhaban, etc. Segala kekurangan harap dimaafkan. ❤️