Unit Perhubungan Awam

Unit Perhubungan Awam Follow

Pasukan Polis Diraja Brunei.
Jika ada sebarang maklumat, sila Direct Message ke pihak kami melalui ig @upa.ppdb

http://www.police.gov.bn/

7,955 Followers  0 Follow

Share Share Share

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 20 Sept - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440H / 2018M berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
.
.
.
Untuk maklumat lanjut sila layari
www.police.gov.bn
www.polis.gov.bn

#upappdb #ppdb_bn
KUALA BELAIT, Sabtu 15 Sept - program rondaan PK yang di kendalikan oleh Balai Polis Kuala Belait bersama ahli PK Pekan Belait semalam. Rondaan tersebut telah dijalankan di kawasan persekitaran Pekan Kuala Belait yang bermula dari kawasan Kampung Melayu Asli, kawasan Sekolah sehingga ke kawasan bangunan-bangunan kerajaan dan komersil.
.
TUTONG - Balai Polis Tutong juga mengendalikan rondaan yang sama bersama 9 ahli PK Kg Telisai. Rondaan Pencegahan dijalankan dikawasan persekitaran Kg Telisai sehingga ke Kawasan Perumahan STKRJ Telisai. Tidak ada sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan berlaku disepanjang rondaan.
.
.
.
#upa.ppdb # ppdb_bn
Majlis Makan Malam bersama Ketua-Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL kali ke 38 2018
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
Majlis Makan Malam bersama Ketua-Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL kali ke 38 2018
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
BRUNEI MUARA, Sabtu 15 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan satu Majlis meraikan persaraan bagi anggota pangkat rendah yang telah berlangsung di Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Polis Gadong.
. 
Hadir selaku tetamu kehormat Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis PPDB bersama isteri, Datin Hjh Kamariah bte Hj Abd Hamid selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI)
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 13 Sept - Berikutan tangkapan Balai Polis Pusat terhadap seorang lelaki tempatan yang menghadapi 3 pertuduhan melibatkan penipuan telah pun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman 16 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini.
.
Momin bin Jerudin, 58, mengaku bersalah atas 3 dakwaan iaitu dibawah seksyen 420 Menipu, seksyen 403 Pelesapan Harta secara tidak jujur dan seksyen 34 , Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan Pasukan Polis juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan untuk dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.
.
.
.
#upappdb  #ppdb_bn
BRUNEI MUARA, Rabu 12 Sept, Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral.
.
Serbuan yang dijalankan tersebut telah berhasil memberkas 2 orang wanita warga asing di dalam sebuah bilik penginapan di sebuah rumah sewa dikawasan Kg Bunut dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.
.
Suspek wanita bernama Zhang Xuemei berumur 30 tahun dan Caiying Chen 32 tahun, kedua-duanya warganegara China. Kedua suspek dan semua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
Majlis Makan Malam bersama Ketua-Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL kali ke 38 2018
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
Awal tahun Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi kesemua umat Islam kerana ianya menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah.
.
Diharapkan dan didoakan agar tahun hijrah ini akan menjadikan penghijrahan daripada baik kepada lebih baik..
.
Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah.
.
1 Muharram 1440 Hijrah bersamaan 11 September 2018 Masehi.
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
Ketibaan Deligasi Ketua-Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL kali ke 38 2018
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
BRUNEI MUARA, Sabtu 8 September, Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan meneruskan dan mempergiatkan lagi Program Pengawasan Kejiranan (PK) dengan membuat rondaan pencegahan jenayah bersama Ahli Kampong Belimbing, Mukim Kota Batu.
.
Mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Mohd Alif bin Musa bersama ahli focal point dan anggota balai serta ahli-ahli PK kampong.
.
Rondaan dan pemantauan secara berjalan kaki dan berkenderaan dilaksanakan di sekitar kampung bermula dari persimpangan 527 sehingga ke simpang 674 bertujuan bagi memastikan kawasan kampung dalam keadaan selamat daripada sebarang kegiatan jenayah.
.
BELAIT- Rondaan pencegahan jenayah juga turut dikendalikan oleh Balai Polis Kuala Belait bersama ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Mumong.
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn
Ketibaan Deligasi Ketua-Ketua Polis dari Negara Anggota ASEAN, Rakan-Rakan Dialog dan para Pemerhati yang menghadiri Persidangan ASEANAPOL kali ke 38 2018
.
.
.
#upappdb #ppdb_bn