Zarith Sofiah Foundation

Zarith Sofiah Foundation Follow

The Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor 🇲🇾
Twitter: @RZS_foundation
FB: Zarith Sofiah Foundation

https://m.youtube.com/watch?v=Nqym7Xldwl8

42,480 Followers  14 Follow

Share Share Share

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Kami ingin mengumumkan bahawa pemilihan logo untuk Pertandingan Rekacipta Logo masih diperingkat awal. 
Senarai pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.
JENAZAH BONDA SULTAN JOHOR SELAMAT DIMAKAMKAN

Jenazah bonda DYMM Sultan Johor, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 11.30 pagi tadi (6 Jun) selepas diarak menggunakan pedati khas dari Istana Besar Johor Bahru.

Bacaan talkin disempurnakan oleh Timbalan Mufti Negeri Johor, Dato’ Hj Yahya bin Ahmad.

Terdahulu, jenazah Almarhumah Hajah Khalsom diusung dan ditempatkan di atas pedati direka khas oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 1886 dan diselimuti bendera Kerabat DiRaja Johor sebelum ditarik oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri sejauh 2.8 kilometer.

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Keluarga serta Kerabat DiRaja Johor turut mengiringi perarakan Pedati DiRaja sehingga ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Mengiringi sama ialah KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan anakandanya, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen Ibni Sultan Hassanal Bolkiah.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom dimakamkan sebaris dengan makam cucundanya, Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim yang mangkat akibat kanser pada 5 Disember 2015.

Tuanku Sultan Ibrahim kemudian menyiram air mawar ke pusara bondanya diikuti oleh DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah serta Kerabat DiRaja yang lain.

Almarhumah bonda Tuanku Sultan Ibrahim yang berusia 84 tahun itu mangkat pada jam 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London pada hari Jumaat lalu (1 Jun). Hajah Khalsom atau nama asalnya, Josephine Ruby Trevorrow dilahirkan pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England.

Hasil perkahwinan bersama Almarhum Sultan Iskandar, Almarhumah Hajah Khalsom dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah; Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah; Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis Tahlil akan diadakan di Masjid Jamek Pasir Pelangi selama tiga malam berturut-turut bermula malam ini diikuti pada malam ketujuh, malam ke-21, malam ke-40 dan malam ke-100.

#sultanjohor
#royalpressoffice
Our most sincere congratulations to HH Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim <3 [Repost from @officialjohor ]

Our highest congratulations and blessings to HH Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, in conjunction of His Highness' 17th birthday on May 30th 2018, (14 Ramadan 1439 Hijrah). Sincerely from players, the management, officers and fans of JDT.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YAB @drwanazizah, Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dr @maszlee Malik selaku Menteri Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Muafakat kepada rakyat Malaysia yang Allah lindungi. Atas permintaan ramai, Pertandingan Mencipta Logo akan diberi masa tambahan selama seminggu utk para pelajar menghantar penyertaan. Tarikh tutup yang baru adalah pada 22.5.2018, jam 11.59 pm.
Assalamualaikum dan Salam Muafakat,

Memperkenalkan ZSIEFA Ad Dean - Pembangunan Ummah Berteraskan Al Quran dan Sunnah dimajukan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah.
Assalamualaikum, antara contoh rujukan bendera dan Jata Rasmi Johor.

Masih sempat lagi untuk anda menyertai Pertandingan Mencipta Logo Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Tarikh tutup adalah 15 Mei 2018, jam 12 malam. Ambil peluang ini untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM5,000.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Sabariah yang menerima Darjah Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datin Paduka. 
Datin Paduka Sabariah telah mengharumkan nama Islam dan Malaysia dengan jasa baik beliau kepada rakyat Canada. Dengan berbekalkan hati dan niat murni untuk tidak membiarkan jiran tetangga terus berlapar dahaga, Datin Paduka Sabariah telah menyediakan makanan untuk ratusan jiran beliau di Canada.

Kami sangat berbangga dengan Datin Paduka Sabariah. Semoga ini menjadi tauladan buat semua rakyat Malaysia untuk terus membantu sesiapa yang memerlukan, dimana jua kita berada.
Assalamualaikum dan Salam Muafakat.

Dengan ini, kami mengumumkan Pertandingan Mencipta Logo Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor untuk semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta di Malaysia. Sila rujuk cara-cara dan kriteria pertandingan seperti poster yang disertakan. Muat turun borang dan info di http://zarithsofiah.foundation/v1/index.html 
Selamat maju jaya.